Followers

Wednesday, April 17, 2013

Aisha Amani at 7 months old


Alhamdulillah dah masuk 7 bulan umur anak ibu. So far progress Amani sangat memberangsangkan. Amani dah mula nak merangkak walaupon tak berapa laju lagi. Duduk pon dah boleh. Dah mula angkat bontot nak berdiri pulak.

Tapi yang paling menggembirakan I, Amani dah boleh terima/faham arahan at early 6mo. Bila I cakap “Amani, where’s abah?” cecepat je dia cari abah. Pastu kalau I cakap, Amani tepuk amai-amai, dia pon sebok menepuk kelepek-kelepek sambil muka menyengih nampak gigi dua batang (FYI, gigi amani tumbuh masa umur dia 3m3w).
tepuk amai-amai belalang kupu-kupu

Kalau nak balik, I cakap lah, “Amani babai.. babai atok. Babai atokkkkk”, dia akan rapatkan jari dia, pastu genggam lepas genggam lepas. Atok pon excited tengok dia babai. Salam pon dah pandai tapi salam beberapa orang je dia tau. Salam maknor (bs) dan salam abah je. Cukup la 2 orang je at first. Seronok sangat bila dia ikot arahan kita kan. Cepat je rasa die membesar. Lepas ni ajar dia react busuk (muncungkan mulut), angguk, dan nak ajar dia geleng kepala.
my happy Aisha Amani!

Bila I dah pakai tudung cecantik, pandai je dia datang dekat menyendeng. Abah nak dukung, atok ke, dah pandai tolak taknak. Melekat je kat ibu dia ni. Kepala siap landing kat bahu ibu. Masa ni I rasa macam winner tau! Hahahaha, pandai Amani pilih nak kat siapa! LOL. Itupon nak dibanggakan, apakah?

Bab makan pula, I dah introduce ikan kat Amani, so far dia sangat suka. I masukkan ikan tenggiri dalam sup sayur, dan kadang-kadang I buat sup ikan juga. Pastu dah siap bahan-bahan dalam sup tu I blend lah campur dengan bubur. Kuah sup I hidang separately. So I train dia, bila I cakap, sup sup suppppp….. .maksudnya dia kena hirup. Dua tiga hari ajar dia dah pandai dah menghirup. Masa mula-mula tu siap gigit sudu sebab tak tahu nak hirup lagi kan.
Budak kenyang baru lepas makan

Amani dah laju dalam walker. Habis 1 rumah dia jelajah. Nampak towel dia tarik. (gambar kat bawah ni sebagai bukti). Nampak benda pelik sikit sibuk nak pegang. So lepas ni ibu kena pastikan takde benda bahaya terjuntai-juntai risau tertarik dan membahayakan amani. I takde lah anti walker. Rumah I takde tangga so rasa tak bahaya lah walker tu pon. Yang senangnya, I boleh tinggalkan dia sekejap dalam walker kalau I nak ke dapur or toilet. Bukan most of the time dia dalam walker tu. Lagipon I rasa bila dalam walker otak dia die berkembang cepat sebab bila dia nampak sesuatu, dia akan usaha nak pergi kat tempat tu dan ambil barang tu. Kalau merangkak, lambat nak sampai. Kadang-kadang tak sampai pon hahaha. So kalau dalam walker, dia lagi aktif dan ligat ke hulu ke hilir. Tapi as parents, kena la selalu monitor dia kemana kan. Hehehe.
Better run! Hahaha. Budak banyak akal ni.

See, how happy she is!!

 Ibu melting lah! Rindu Aisha Amani. Nak balik cepat-cepat lah tak sabar nak gomol anak!


Friday, March 29, 2013

My First Flight Experience with Aisha Amani



Rabu lepas, ke KLIA menjemput my mum balik umrah. Nervous juga sebab ini first time travel dengan Aisha Amani, just kami berdua uols! Gulp! Tapi excited jugak sebenarnya. Husband is away! Takde siapa nak assist i, huhuhu.
  
Mana la tau kalau tetiba dia cranky ke, takde mood ke, pitamsss ibu. Tapi I cekalkan hati juga, kalau tak try sekarang, nak try bila lagi kan? Husband pon dah bagi green light, so apa lagi klik sana, klik sini, settle. Dah beli tiket dari Kuantan-KLIA pukul 1015am. Yipppieeeee!

Hari kejadian:
Lepas subuh I tidur balik. Bangun semula pukul 745am. Amani dah bangun, so I mandikan dia dulu. Siap mandikan dia, I siapkan diri I pula. Tinggalkan dia dalam cot main sorang-sorang. Lepas tu kemas beg, bersiap, pakai tudung. Syria je la hari ni, simple-simple aje senang tak serabut nak handle anak. Selesai semua, I pon keluar jap cari breakfast. Amani pon ikot sekali. Balik tu terus makan, kunci kereta, check rumah, kunci rumah. Settled.

Ke airport dalam 5minit je sebab airport dengan rumah hanya 4km je lebih kurang. Untuk travel kali ini, I tak bawak stroller pon, Just bawak barang-barang yang perlu sahaja. Itupon rasanya 95% barang amani, 5% je barang i. Hahaha. Semua sumbat dalam bagpack. Amani plak, berSSC jelah. First outing berSSC hehehe.

Sampai airport pukul 945am, pastu check in. Dapat check in cepat sebab bawa baby. 950am dah masuk departure hall. Pukul 1100 naik flight. So I pon siap-siap nak tidurkan Amani. Elok je flight bergerak I pon terus susukan dia, Usap-usap rambut dia dan main kat kening dia bagi cepat tertidur, elok je take off Amani dah selamat ke Lalaland. Tidur dengan lenanya. Oh lega! 
Flight tak lama dalam 40min je. Sampai KLIA Amani masih tertidur. I bergerak-gerak kemas barang dia pon terjaga. Masukkan dia dalam SSC, terus keluar. Bergerak dgn SSC memang sangat memudahkan. Carry baby pon ringan je. Amani pon nampak comfortable kat dalam tu.
Sampai kat arrival hall, anak saudara I dah tunggu. 2 jam dalam KLIA, sempat lagi Amani tertidur lagi sekali dalam SSC. Selesa sangat ye nak. I pon sempat la terjah kedai coklat, lunch dan jalan-jalan dalam KLIA.

Tak lama lepas tu, mak I pon sampai, alhamdulillah! Settle check-out, angkat barang dalam kereta, kami pon pulang. I balik naik kereta, perjalanan pergi je naik flight. 

Amani sangat behave, langsung tak menyusahkan. Agaknya sebab i dah biasa travel berdua dengan dia, jadi makin lama makin senang la nak handle. Good girl! I love you!


Love,
i n t a n o r a z a m


SSC is here, wooottt wottttt!


Kekonon nak beli Pognae, tapi takde rezeki plak sebab design yang I nak beli tu dah takde. Nak preorder end of april plak baru sampai. Lambatnya! Sobs, I ni kurang sabar orangnya. LOL. So lupakan jela Pognae. Kat my previous entry, ada seorang commentor ni suggest camni,

“Pognae kecik...boleh pakai kejap je, why don't you try the local vendors, snuggbaby, jumpsac, neezaneedle, bigeyes...nak puas hati, beli manduca..”

So why not!!!!!!

Memula nak beli online, tapi rasa macam tak best plak sebab tak boleh try. So gagah la I mencari sekitar kuantan; Manjaku, Twinbaby, semua takde, Sebut SSC pon diorang tak tau. Haihhhhh. I dah rasa down sangat, redha jela.

Tetiba teringat Fabulous Mum tak terjah lagi. Terus pi terjah masa lunch hour. Siap skip pumping session hehehe. Ada Snugbaby, Boba, Jumpsac Orbit dan few brands yang I tak familiar sangat. I try satu-satu, mula-mula nak beli Boba, tapi sebab design dia ada grey and hitam plain sahaja, terus taknak. 

So I compare snugbaby dengan jumpsac jela. Sebab tak bawak Aisha Amani, so tak tahu la perbezaan keselesaan bila bawak baby cemana. I just compare dari segi design, jahitan dll. Snugbaby design dia lagi feminin dari Jumpsac heheh. Ada pink, merah dan brown. Jumpsac plak design yang ada yang feminin, ada yang universal. Dari segi jahitan pula, I prefer Jumpsac dari Snugbaby. Nampak lagi kemas dan jahitan tak bengkang bengkok.

Soooo, akhirnya Jumpsac Orbit menjadi pilihan hati. Original price RM319, after less jadi RM287. Hehehe. Tak sabar nak balik rumah try. Harap-harap Amani suka berSSC. Ibu dah excited ni!

Inilah dia pilihan I, okey tak?




Friday, March 22, 2013

Baby wearing

I am so into baby wearing right now! Dulu masa Amani kecik teringin nak ber ringsling tapi malangnya makcik kenit tu tak suka ringsling, maklumlah badan kan bambam. Tak sampai 5 minit, mula lah bersilat sakan dalam ring sling. Tsk! So ringsling simpan je dalam almari huhuhuhuhu. 

At her 3mo, i ade belikan classic baby carrier for her. Senang nak outing berdua malas nak tolak stroller. She looks comfortable in it, walaupun tak berapa ergonomic.  So i think this is the right time to buy new one for her. A more comfortable and ergonomic carrier. Many brands out there, dari murah sampai la ke mahal. So memang rambang mata lah nak pilih yang mana satu.

After a while, i prefer SSC. Puteri Raifana (Put) beli Boba 3G for Ilman, so i put it on consideration la jugak. Design pon comel. Price range from RM300.

Pastu i goggled here and there until i found this. Pognae! Design nampak firm dan harga pon taklah mahal sangat. Price boleh dapat RM250 and above ikot design kalau beli online. Boleh la kan, if nak beli untuk Aisha Amani. Tapi i kan dah 3 bulan tak bergaji, sobs. Kena la sorok-sorok dari husband kalau nak beli.

Pognae ni made in Korea, so ingat nak minta tolong my beloved Nana Jamil tolong belikan, harga 46,500won, dan kalau diconvertkan ke MYR baru RM130. Jimat banyak tu!

link boleh tengok kat sini : http://english.gmarket.co.kr/challenge/neo_goods/goods.asp?goodscode=130197886

Yang ni plak Tula Baby Carrier, lagi mahal dari Pognae tapi boleh beli secara installment. Price RM550 ke atas, Alamak, temptingnyaaaa! Tapi mahal acanerrrrr?

Ke nak beli Mei Tai? Cantik cuma kena ikat sendiri tu la macam leceh sikit. Tapi still in consideration jugak if budget tak banyak hehehe. Yang brang minizone comel-comel sebab bersulam kan. I sukaaaaa! Yang mei tai ni ada terjumpa kat expo Mom's care baru-baru ni kat Kuantan at RM49.90 je. Clearance stock! Sangat lah menyesal tak beli huhuhu.

Korang rasa mana yang best? I dah gatal tangan dah nak beli ni tapi taktau nak pilih yang mana satu!


Wednesday, March 20, 2013

Aisha Amani at 6 months old

Current weight: 8.5kg
Current height: 67cm


Alhamdulillah she is so adorable and such a cutie pie! Semakin besar ni, semakin senang di jaga. Anak baik dan sihat, ibu pon senang hati.
Bila tengokkan badan yang bambam, ramai yang geram. Terutama bab peha gebu amani tu. Kalau orang tengok pon geram, ibu lagi la geram. Rasa nak gigit je!

***************************

Baby development:
Dah sangat advance meniarap tetapi belum menyusur ke depan. Butttttttt, jangan pelik ya sebab amani suka menyusur ke belakang. Reverse mode, hehehe. Lagi satu, Amani lebih prefer bergolek-golek sampai ke bawah meja makan, bawah kabinet tv, bawah kerusi. Tak kisah la nak, asalkan awak bahagia. Kalau nak ambil sesuatu, bergolek-golek la dia, bak kata abah, buat ‘side roll’. Hahaha.

Kalau panggil, cepat je berpaling. Kenal sangat la nama dia tu. Pandai sebut abah! Kalau tanya abah mana? Terus paling ke abah. Tunjuk tak pandai lagi. Ibu? Non ado. Tak pandai sebut pon. Nasib baik la reaksi bila tengok ibu tu over. So excited la ibu bila anak terlompat-lompat bila nampak kita.

Dah pandai tepuk amai amai. Atok yang ajar. Kalau nyanyi je tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu… dia terus depangkan tangan dan tepuk pedepek-pedepek! Tangan bukak luas sbb tu siap berbunyi-bunyi sambil mulut ternganga-nganga happy! So sekarang kalau dia sorang-sorang atas katil tetiba dengar bunyi pedepek-pedepek, ibu biarkan aje. Main sorang-sorang la tu!

Rutin tidur aritu dah berubah sekejap.  Tidur 730pm, bangun pukul 9pm. Main-main pukul 1130pm baru  tidur semula. Not good Amani, not goog. Ibu tak sempat nak kemas rumah tau!

Tapi dah back to normal dah. I train balik Amani ikot rutin biasa, 730pm dah lena dibuai mimpi sampai ke pagi esok. Train cemane? I masukkan dia dalam buai. Enjut-enjut sampai tertido, pastu baru angkat atas katil. Mula-mula memang susah la sbb dia nak rutin dia yg baru tu kan, Budak baru nak explore dunia, hehe. 

Tapi bila dah hari-hari buat rutin sama, insyaAllah dia akan ikot. Semakin lama semakin mudah now df je pukul 730pm atas katil terus tertidur dah. Lepas tu baru ibu boleh mandi dan solat dengan senang hati.
Cuma problemnya bila rutin tiba-tiba berubah, dia cranky sikit la. Contohnya kalau balik rumah atok, masa tu dah pukul 9pm, memang moody jela dia sebab mata mengantok. Atok ajak main, amani boolayan! pastu merengek nak ibu. Tapi tu sekali sekala je pon. Hai la amani, tahan jela mata sekejap kat rumah atok tu. 

Solid food journey so far so good. Amani pemakan orangnya.

Breastfeeding pon sama, ada la jugak masa ups and down, kadang-kadang dapat 20oz sehari, kadang-kadang dapat 8oz je. tapi insyaAllah akan cuba jugak bf my lil Amani selama mana yang boleh. insyaAllah! Kena percaya rezeki untuk Amani tu ada dan berfikiran positif!

Till then, love you all!

i n t a n o r a z a m


Friday, March 8, 2013

Solid food journey


Genap Aisha Amani 5mo, i start introduce her to solid foods sebab tanda-tanda nak makan tu memang sangat la terserlah. Tapi belum full swing lagi la. Paed said mula-mula introduce kena bagi dia 'plain bubur' or puree dahulu. Sebab taknak bagi perut dia terkejut. Kalau nak bagi 'plain bubur', kena betul-betul cair. Kalau puree pula, try bagi apple/pear sebab buah tu la yang paling less allergic dan paling senang di digest. Sebenarnya bagi mana-mana dulu pon boleh, just please dont mix up lagi. Bagi 1 jenis je dulu. 

Biasalah orang melayu, makanan ruji kita adalah nasi, so confirmlah bagi bubur. Mat saleh plak tak makan nasi, so diorg bagi puree. As a mother, ikot korang la nak mulakan dengan yang mana satu.

As for me, i nak try bagi puree dulu. Start dengan apple. Tawakal sangat masa mula-mula nak bagi makan tu. Risau pon ada. Alhamdulillah Amani sangatlah gembira dapat makan. I ikot 4 days rules. So empat hari berturut-turut bagi dia apple dan i pantau berak dan badan dia risau kalau-kalau ada allergic kan.

Disebabkan gigi Amani dah tumbuh since 3m3w, so dia lebih suka puree yang lebih pekat. She prefer to chew first before telan. So i kurangkan kuantiti air masa blend dan cuba sesuaikan dengan selera dia. Guess what, Amani sangatlah pemakan orangnya. Every meal, dia makan sebiji epal. Mula-mula i bagi sikit je, tapi dia menangis nak lagi nak lagi. Mula-mula memang tak layan tapi after a week, i tingkatkan portion meal dia sampai la end up sebiji epal. Now she is a happy girl sebab dapat makan dengan kenyang. Lepas tu i bagi dia pear, papaya, mango (harum manis), and banana. Semuanya dia makan dengan syarat kena pekat. Kalau cair-cair mulalah muka macam berkerut like, what is thissss? Hahahaha. 

FYI, rutin menyusu Amani langsung tak berubah walaupon dah makan tau. Breastfeeding like usual. Hehehe.

After 3 weeks amani makan puree, baru la i slowly bagi plain bubur. Alhamdulillah dia terima dengan baik. Lepas bagi bubur ni, barulah nampak die lebih kenyang sebab bubur tu sendiri kanji dan menyenyangkan. Hisap susu pon dah kurang. She will skip 1x hisap susu bila dah makan. So i ambil peluang pump out the breastmilk untuk bekalan dia bila i dah mula kerja kembali. 3 days after, i pelbagaikan bubur amani dengan letak carrot, kurma, or raisin. Bagi rasa yang pelbagai untuk dia makan supaya tak jemu.

I start mixed up 2 things in her foods after 5weeks tau. Fuhhhh lama gila bersabar. Itupon bila i rasa betul-betul yakin yang perut dia dah betul-betul bersedia nak terima pelbagai makanan.

Now Amani dah 6mo, Dia dah ada rutin makan yang tersusun. Dah ada menu yang berbeza untuk breakfast, lunch, dinner or snack time. Alhamdulillah i am super duper happy sebab my baby can accept solid foods very well. And bersyukur rezeki untuk breastfeeding masih ada. Perjalanan masih jauh, masih banyak yang perlu dipelajari. InsyaAllah mana yang boleh dikongsi, i akan berkongsi. Semoga tidak disalahertikan seperti sebelum ini.

*************************************

Dikesempatan ini juga, i nak minta maaf kepada one of the blogger, yang i kenal since she is single now dah ada anak seusia Aisha Amani. I am not mention name (you know who you are kan), i langsung takde niat nak memperlekehkan/mengecilkan/memandang rendah pada you or other mommies. Your baby or my baby, i pandang sama je, i know kita sama-sama excited nak bagi anak makan, i feel the same tooooo. Tapi yelah, setiap budak lain-lain penerimaan dia, ada yang okey ada yang tak. Ada yang 4 bulan dah ready makan, ada yang 9 bulan masih bergantung dengan breastmilk sahaja. Bersabar and keep trying the best for the baby. Kadang-kadang kita rasa makanan tu sesuai untuk dia, tapi mungkin sebaliknya. Cuma kesian kat anak tu jela kan, huhuhuhu.


Kalau you rasa komen i sangat mengkritik, i terima seadanya.
Hanya Allah sahaja yang tau niat dihati ini. Srottttttttttt.


Love, 

i n t a n o r a z a m






My long hiatus

Hai semua,

Ya Allah lamanya menyepi! Hehehehe. Berhabuk-habuk sudah!

Alhamdulillah i am doing just fine, sihat dan gembira. Kemana i menghilang? LOL, tanya kepada diri sendiri. Sebenarnya i tak ke mana-mana, cuma masa untuk mengadap laptop tu takde. Hahahah. 

FYI, i tengah bercuti sekarang. Unpaid leave. Semuanya bermula bila my beloved daughter mengalami batuk dan selesema yang sangat teruk sampai warded. So i pon EL selama seminggu. Disebabkan Aisha Amani dah dimanjakan dan selesa DF dgn i sepanjang warded tu, dia dah refuse botol susu. Hoh! Pada mulanya, i biarkan je. Lepas dia fully recover dari batuk dan selesema tu, i teruskan hantar dia ke taska while i am working. I ingatkan nanti kat taska dia akan isap balik since confirmlah dia akan lapar kan, rupanya tidak! Dia mogok taknak menyusu langsung sepanjang hari selama 2 minggu. Petang bila i ambil je dia dari taska, layu je muka, kesian plak tengok. Stok EBM yang i bekalkan setiap hari terbuang macam tu je, sebab dia refuse, tapi teacher keep trying feeding her sebab kesian dia lapar kan. End up dia menangis sebab taknak puting tu dalam mulut. huhuhu. Petang bila i ambil, dia menyusu sampai tercungap-cungap sebab lapar sangat. Hati ibu mana yang tak sayu bila anak macam tu? Huhuhuhu.

So selepas berbincang dengan my husband and my boss, i pon ambil UPL. Pada mulanya nak ambil sebulan tapi my boss cakap dalam surat tulis je tiga bulan. When you are ready to work, just come. So i pon terimalah offer tu. Heheheh. First few weeks dirumah dengan Aisha Amani sangat menyeronokkan. Sampai satu tahap i rasa macam nak jadi full housewife bila tengok Amani happy membesar depan mata. No more drama taknak menyusu or menangis-nangis. Happy baby, happy mum of course!

Bila dah selesa kat rumah, plan asal nak cuti sebulan tu terpendam macam tu je. LOL. I cakap kat husband nak ambil cuti 3 bulan. Nak lepak kat rumah dengan anak puas-puas. My husband cakap okey cuma, dia pesan jangan kuat shopping lagi. Sentap lah! Sebab semua komitmen dia yang akan tanggung. Nak shopping duit sendiri lah! Huhuhu. Maklumlah nak bayar 2 kereta, rumah, bil-bil, belanja dapur, banyak tu. Almost 4k every months. So sentap tak sentap kena terima lah. Redha dalam diam. Asalkan dapat bersama Aisha Amani bucukku!


Apa-apa pon, Aisha Amani la orang yang paling happy bila ibu dia ada depan mata 24/7. Yeeeehhaaaa! 


InsyaAllah i'll be back soon. Bila i dah start kerja! Teeeeeeeeeeettttttttttttttttttttttttt. 



Wednesday, November 21, 2012

Sleeping & Nursing Pattern

Sejak nak masuk dua bulan aritu, Amani punya sleeping pattern dah semakin tersusun. Alhamdulillah. Kalau dulu dia bangun banyak kali nak mengusu, sekarang tidak lagi. Agaknya bila dia dah semakin aktif, so tidur malam jadi lebih lama lah sebab penat. (teka je).

I selalu mandikan Amani pukul 615pm, i know a bit late hehehe tapi since mandikan dia dengan air panas, so tak kesah sangat la kan. Lepas mandi dan dah siap-siap wangi-wangi, i akan susukan dia sambil main-mainkan rambut dia kasi mengantok dan lali. Lepas tu insyaAllah dalam pukul 7 dah tertidur dah. Masa ni boleh la i mandi. Kadang-kadang bila datang mood nak bermain dia, 730 baru tertidur. So lambat sikit la i mandi. Husband plak balik lambat, so memang tak dapat nak berganti shift huhuh.

Tidur yang ni akan sangat lama, sampai pukul 12am pon lena lagi. Tapi normally i akan kejutkan dia menyusu  pukul 1130 sebelum i masuk tidur, supaya perut dia kenyang dan akan terbangun lebih lambat. So i happy lah boleh la terlelap lama sikit sebelum dia bangun menyusu. Yang bestnya, if i susukan dia, boleh plak mata dia masih terpejam tapi mulut nyot nyottttt nyot nyotttttttttttt. I main lagi rambut dia sampai dia tertidur balik sambil mulut kat puting. Dah tengok dia lena, baru i akan angkat ke babycot. Selepas tu baru i akan tidur dengan selesa.

Next feeding around 3am, kadang-kadang tersasar ke pukul 4am. Si Aisha Amani ni jenis tak menangis kalau lapar, tapi dia akan isap mitten dia, kuat plak tu bunyinya sampai i boleh terjaga. So masa ni la i akan angkat die dari cot ke katil i sambil nyusukan dia. Disebabkan i dah malas nak bangun, jadinya dia akan terus tidur la celah-celah antara abah dan ibu. Kadang-kadang kat tepi, ikot die menyusu sebelah mana hahaha.

Selepas tu, dia akan bangun sekali lagi dalam pukul 530 or 6am untuk kejut abah dan ibu dia bangun subuh. Selalunya husband akan bangun dulu sebab dia nak pergi kerja awal around 640am, i plak akan susukan dia sambil baring dan tidur sekejap. 630am baru i akan bangun dan solat.

Pagi-pagi macam ni takde maknanya nak main-main, so i akan makesure dia akan tertidur balik sebelum bangun solat. Lampu tidur dalam bilik mesti dim macam malam. So boleh la i bersiap untuk pergi kerja dengan senang hati. Kadang-kadang i pon join dia tidur sekejap sebelum bersiap ke office.

Keluar rumah around 8am, angkat Aisha Amani dalam carseat. Kalau tengah tidur, normally dia akan sambung tidur dalam carseat. Kalau dia dah bangun, i biar dia layan perasaan dalam carseat juga. So takde beza la dah bangun or masih tidur sebab dia tetap duduk dalam carseat hahaha.

Sampai taski, i akan susukan dia sebelum tinggal. Sampaikan pesanan kat cikgu dia, i nak macamana rutin dia hari tu. Normally baby takde belajar apa-apa pon, kat sana diorg just jaga dia macam ni, (mandi-susu-tidur-mandi-susu-tidur-mandi-susu-balik). So 3x mandi la. Mandi yang last tu terus tukar baju ke baju tidur. Kadang-kadang i pesan suruh mandikan 2x je sebab mandi petang i nak mandikan sendiri. Ibu-baby bonding time la konon ecececeh. Kalau i malas baru diorang akan mandikan, terutama bila petang tu hujan, so diorang memang akan mandikan siap-siap tak payah nak pesan-pesan bagai.

Siang, i tak kisah berapa kali Aisha Amani nak menyusu, asalkan dia kenyang dan tak meragam, i okey aje. Ikotlah cikgu dia nak bagi susu berapa kali, diorang lagi pandai handle baby kot.

First day nak hantar ke taski

Sejujurnya, senang nak jaga si kecik ni, cuma bila dia selesema dia akan kuat meragam sebab hidung tak selesa. Dulu dalam pantang tak kisah pon tidur dalam aircond, sekarang ni tak boleh sejuk sikit mula lah selesema. Tapi siang okey plak, huhuhuhu. My mum cakap Amani ni jenis hidung sensitif bila sejuk-sejuk. Agaknya lah kot. I rasa memang musim selesema sekarang sebab hujan-panas tu tak menentu kan. Lalala mana-mana lah!

********************************

Sekarang Aisha Amani dah 2 bulan setengah, dia tak minat nak main dengan playgym pon. Kalau letak dia kat situ, bukan tangan dia yang tekapai-kapai nak main, tapi kepala dengan kaki yang macam nak bangun ambil mainan, kelakar plak rasa. Hahaha, tak kisahlah. Progress baby kan lain-lain, so i just biarkan aje lah. Asalkan dia tunjuk minat nak main pon dah okey. Macam tu la jugak kalau dia nak kita dukung dia, kepala dan kaki dia mula la terangkat. Kalau kita ignore, mula la menjerit marah hahaha. I yang suka menyakat ni akan saje buat malas-malas angkat biar die menjerit dulu baru dukung. Hehehe.






Monday, November 12, 2012

Selepas 2 bulan


Lamanya tak update blog! Sekarang dah kerja boleh la curi-curi masa update blog kat office, kat rumah, memang tak berupdate la gamaknya sejak ada anak ni.

Cuti bersalin dah berakhir hari ini! 2 bulan je sebab kerja private kan, so hari ni first day hantar Aisha Amani ke taski. Sedihnya! Hati mana yang tak sedih nak tinggalkan anak kat orang kan, lebih-lebih anak sulung, tapi I rasa perlu gak hantar supaya si kecik tu berdikari. Mula-mula dah dapat BS, tapi I prefer hantar ke taski. Biar Aisha Amani ni berkawan sikit. Hope takdelah kejadian-kejadian yang tidak di ingini berlaku. Amin!

Pagi tadi sedih sangat nk tinggalkan dia. Sempat la tidurkan dia dulu baru gerak ke office. Masuk lambat sikit la hari ni hehehe.

Hope masa kerja ni production susu maintain banyak. Pagi tadi bekalkan Aisha Amani 4 botol 5oz. Rasanya berlebih sebab Amani minum 2.5oz/3oz je sekali. Tapi kita tengok la dulu kan, if berlebih, esok kita kurangkan sikit. If terkurang, esok bagi lebih lagi. Rocker pon I bawak, senang nak tidurkan dia. Lena lah sikit! 

To be honest, baru beberapa jam hantar dah terasa rindu dah. Tsk! Bertabah!


Love you sayang!



Friday, October 12, 2012

My Long Hiatus

Hai semua,

It has been a while since my last update kan? Sorrylah too many things happened in my life lately huhuhuh. So i memang ignore any text, sms, emails, or comments. Sorry for being so selfish. I have to!

So i rangkumkan September 2012 ni sangat mencabar bagi i, tapi alhamdulillah semuanya masih mampu ditangani dan i gembira ada family dan kawan-kawan yang banyak memberi sokongan. 


************************************

Satu:
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya i dah selamat melahirkan babygirl yang sangat comel pada 06092012, 3.23 petang seberat 3.255kg melalui pembedahan (immerdiate c-zer). Si kenit ni diberi nama Nuraisha Amani binti Mohamed Sari.


About Aisha Amani birth story, it deserve different entry ya! Stay tune! Sangat interesting dan tak sabar nak share dengan semua. Kalau share kat entry ni, boleh jadi novel pulak.

Dua:
Tanggal 21092012 pula, my dad dah tinggalkan kami sekeluarga, huhuh. All of us redha dan terima ini adalah ketentuan dariNya. As for me, ini dugaan terbesar yang i alami setakat ni. Dengan keadaan berpantang, Aisya Amani yang masih kecil, i berusaha mengawal emosi agar tidak terbawa-bawa dan merbahayakan diri i pula. Alhamdulillah berkat doa dan semangat dari semua orang, i kuat dan dapat mengatasinya dengan baik. Aisya Amani pon anak yang baik, baru beberapa hari dilahirkan, dah diheret ke sana sini mengikut i. She's being so behave dan tak meragam sangat. Alhamdulillah.

Tiga:
Breastfeeding journey. Dalam keadaan berpantang c-zer dan kejadian 'dua' , tak dapat lah nak berurut lagi. Urut susu pon belum. Tapi mungkin rezeki Aisya Amani, alhamdulillah susu mencurah-curah juga. I pon dah buat stok, tapi takdelah berjadual lagi. kadang-kadang sekali, kadang-kadang 2x. So far, i dah kumpulkan 45 botol 5oz untuk bekalan Aisya Amani nanti. Botol 2oz plak, dah ada 12 botol. Sekarang ni storage bottle dah habis, jadi i mula ajar Aisya Amani menyusu menggunakan botol, guna stok yang paling awal, hehehe. Then botol yang kosong tu boleh la topup dengan stok baru pula.

Tak dinafikan, FS memang terbaik!

Empat:
Kepada mereka-mereka yang email, text, pm di fb, i nak minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat nak concentrate baca satu-satu. Dah beratus-ratus dah pon. Ada yang sempat i balas, ada yang tak sempat.

Quick announcement, HB memang i dah lama close order. I memang dah close order dan tak open dah. Nak bekerja, nak uruskan Aisya Amani, uruskan rumah dan family lagi, nanti i yang tak terurus. Hehehe. Mana yang i dah ambil order, insyaAllah i akan buat. Tunggu i habis berpantang dulu ye. Sorry sebab lambat siapkan!

Sewa persalinan pengantin pula, i terpaksa bekukan sementara waktu sebab keadaan i yang sedang berpantang. Nak minta tolong husband, dia pula terlalu sibuk. So takde siapa yang boleh handle dry clean and postage. Sekali lagi i minta maaf ye. Tak dapat nak sewakan pada korang walaupun ada yang email berkali-kali. Sorry!

Lima:
Berpantang. 5kgs to go. Dah turun 14kg, tapi perut masih buncit sebab belum berurut. Nyilunya kesan jahitan tu. Huhuhuhuhu. Ngeri nya! Badan masih belum slim sepenuhnya. Harap maklum, redha!


************************************

 Cukuplah update untuk hari ini. Nanti i akan cuba selalu-selalu update ye! InsyaAllah!!


Tuesday, August 28, 2012

Ini adalah idaman

Hai,

Ini adalah idaman. Bila kata idaman mesti macam susah nak dapat kan, hehehe. Masa mula-mula pregnant dulu memang apa pon tak tahu pasal breastfeeding ni. Ingat bf baby secara direct je or bagi susu formula. Jahilnya lah masa tu. Tapi bila dah berkongsi info dengan bloggers/m2b, alhamdulillah ilmu tu semakin banyak. Tapi still jahil jugak bila orang tanya nak beli breastpump apa? Tak tahu nak jawab errr errr errrrrrrrmmmmmmmmmmmmmmmm.

Nak berkongsi dengan husband pon macam tak confident je. So google la banyak-banyak. Baca review orang, baru la tau sikit-sikit. Rupanya breastpump ni pon ada yang murah, mahal, and moderate. Ikot kemampuan individu la kan. Dan of course la bila yang mahal tu, performance mestilah terbaik. Kalau yang manual pon ada, kadang-kadang perform lagi bagus dari yang mahal, cuma si ibu kena rajin la mengepam. Hehehe.

Bila dah banyak 'ilmu', i pon berkongsi la dengan husband. Susah juga nak fahamkan orang lelaki ni ye. Tambahan pula husband anak sulung, adik beradik semua lelaki. MIL sorang je perempuan, huhu. So bab mengepam dan breastfeeding ni, dia memang tak tahu langsung. Zero. So from A to Z kena terangkan dengan panjang lebar, hujah beserta 'bukti' hasil google, alhamdulillah, he's been so supportive dan mudah faham. Bila tanya dah fikir nak breastpump apa, i jawab Medela FS berserta harga, sekali lagi tercengang dia. Mahalnya! Memang macam tu ke harganya?

Bila jalan-jalan kat mall, dia pon tunjuk juga breastpump manual yang ada, macam-macam brand ada yang lebih berpatutan, and asked me kenapa tak pilih yang tu je. Haihhhh penat lagi nak menerangkan. Tapi memang mahal pon, huhuhu. So kena redha la kalau husband tak dapat nak belikan si idaman hati.

Tapi effort tu kena ada, i pon google lagi. Nak beli yang murah sikit dari harga kedai (RM1.8-2k). At least i berusaha kan. And 2nd choice pon kena ada, backup plan so i pilih Medela Swing. Hehehe. Dalam hati memang nak FS la kan, Tapi separuh hati lagi memang dah redha kalau tak dapat.

Bila dah selalu sangat dok bercakap pasal FS ni, husband dah jadi excited plak. Bila ke baby store, husband plak yang lebih-lebih usha harga breastpump. Bagus-bagus, ada can ni nak dapat FS ni. Tapi sabar lagi, takleh terlalu mendesak, slow and steady lah! Tunggu masa je husband tanya bila nak beli, i akan terus tunjuk page nak beli kat mana, harga berapa. Of course la plan tu kena ada, well prepared kot!

Akhirnya, selepas 32weeks pregnant soalan cepu emas itu muncul juga dari mulut husband. Nak beli breastpump apa, harga, kat mana? I pon teruslah berhujah macam berpidato, siap ada pro and con nya. Dengan harapan dapat approval. Rezeki baby kata orang, husband setuju. Happy sangat-sangat!

****************

Terus contact akak tu dan tanya ada ready stock tak. Mula-mula sedih bila akak tu cakap ready stock takde, kena pre order dan buat full payment upon order. Susah ni, kalau kena tipu macamana? Husband bertegas nak beli yang ready stock biarpon mahal sikit, and nak self pick up. Huhuhuh, cemana ni? Sedihnya. So dah redha la kena tunggu sampai ada ready stock baru beli. Kene tunggu dalam 3-4minggu sebab dah dekat raya. Redha lagi.

One fine day, tetiba dapat PM akak tu kat FB, katanya ada sorang customer ni tak dapat bayar sebelum raya dan nak let go dulu FS tu kat sesiapa, akak tu dah reservekan untuk dia. So customer tu akan amek stock selepas raya. I pon melompat happy, terus ambil stock yang tu. Stock masih baru dan still pada dealer.  Alhamdulillah rezeki baby kot, semuanya dipermudahkan. I pon kirim kat my niece tolong ambilkan kat kakak tu dan dah selamat pon dapat FS sebelum raya. Urusan nak self pickup pon sangat mudah. Horeayyyyy! Harga pon murah RM1350 (us warranty) RM1500 (msia waranty). Kalau ready stock add on RM50. So i ambil yang ready stock. Alhamdulillah alhamdulillah!

Ini adalah idaman

Bila dah beli FS dan dah dapat depan mata, senyum melebar i! Happy tak terkata. Nama pon idaman kan. Husband pon happy tengok i happy. Harap baby pon happy, susu pon banyak. Berdoa dan berusaha untuk breastfeed my baby until 2 yo. Amin! Bernekad ni, doakan ye!

Sesiapa yang minat nak beli, boleh la usha sini. Page Facebook: Nur Qalesya

Jom sama-sama breastfeed baby selagi termampu! Tak kisah la breastpump apa-apa pon, niat tu harus ada. Berusaha!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...