Followers

Thursday, September 8, 2011

Handbouquet Wave

VAlhamdulillah, 3hb September lepas ada 4 pengantin baru yang guna my handbouquet for their Bigday. Tapi baru seorang je yang update. Takpela mesti masing-masing busy kan, still dalam mood pengantin baru.

“Wish them lots of love, petals of happiness, and lovely marriage life, amin!”

Okey! Meh tengok si gorgeous Emi Fadhilah dengan HB Felt pilihannya.


Ada lagi HB kat rumah belum dipos, maafkan saya. Will do will do~


Tuesday, September 6, 2011

From this simple plain wedding dress


I hope and pray, it will turn to something “stunning and different”.

It took me like two weeks to start this, blame the mood and finally today, I am so force to DIY-ing my own wedding dress due to the time constraint and busyness. 25 days to go to the W-day wooootttt wooooooottttt!

But, also.. I have to finish up few hand bouquets by end of this month. Oh my!


beadings in progress: 40%

Wish me luck!






Saturday, September 3, 2011

Selautan Doorgift Box FREE


Doorgift box for kids.

Ini la dia box FREE yang Myonecard bagi tu, (semata-mata sebab tunggu kad siap selama 2jam). Selain tu, i dapat extra 2 more buntings. Berbaloi aihhhhh kalau dapat camni, 4jam pon i boleh tunggu!!
Padahal gi meet up friends and shopping dulu, syhhhhhh ini rahsia kita.

Boss dia kata bagi 100 pieces je, bila dah lipat semua, rupanya ada 278pieces. Alhamdulillah~
Macam terlebih plak, lagipun nak bagi budak-budak je. So nak simpan separuh untuk majlis menyambut menantu nanti, biarlah bersederhana kan.

Selamba je lipat kotak atas comforter, maaf mak!



Last but not lease, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.


Sunday, August 28, 2011

Putput Solemnization Dress


Sebenarnya, Baju Put dah memang cantik dengan beadings bagai, dia tempah dengan Hariz&Team Wedding Services but since I have extra lace and beads from the veil, so why not I patch pada lengan baju Put sebab hujung lengan tu nampak kosong la, kasi lagi glamssss gitu. Seriously, I macam agak tidak berpuas hati dengan beadings pada baju Put tu, bukan isu cantik ke tak, memang la cantik, tapi isunya adalah MAHAL. Hishhhh, Hariz ni cekik darah betul la!


Takpela Put, I dah kasi lagi glamor baju u tu, harap u puas hati ya!

Yang ni, I saje-saje rajin tolong u Put,  Kalau orang dah baik dengan kita, insyaallah kita akan bersikap lebih baik dengan dia. Hugssss.

Sharing is caring~


Friday, August 26, 2011

Fabric HB: Nabila Syakira


Banyak kerja-kerja handbouquet terbengkalai.. sori la yer darlingsss! 

Pos Laju kenapa awal sangat close delivery? Huhuhu. 

Dah ada beberapa HB kat rumah ni belom di pos kepada tuannya, maafkan i okey. 
InsyaAllah ASAP selepas raya okey~

Ini HB terakhir sebelum menjelang raya, hampir-hampir bakal pengantin ni tak merasa pegang HB ni disebabkan i termiss order. Kelmarin dapat SMS dari Nabila tapi i macam blur dan terfikir macam ni..

"eh.. ada lagi ke HB tak buat sebelum raya? Fariza punya ke nak sebelum raya tapi rasa lambat lagi, 
errrrrrrr sape ni?"


Sangat blur okey, rupanya Nabila SMS me directly, patutla takde rekod dalam email.
Menggelabah sudah sebab fikirkan minggu ni full iftar kat luar. So bila masa nak buatnya kalau hari-hari balik kul 10pm? Siang plak kerja. Her wedding will be on September 3rd, i week to go. 
Pos laju plak buat hal, sempat ke ni?

Alhamdulillah, nasib baik sempat siap, esok nak pos guna Gdex, mahal sikit la tapi Nabila kata it's okey.
Yeay, berjaya merealisasikan impian Nabila Syakira untuk memegang Fabric HB versi Intan Norazam.
Rezeki beliau.


Hope she like it!


Thursday, August 25, 2011

DIY-ing my wedding dress

Magic.. magic.. magical wood~

I wish, i wanna change my plain dress..


into something like this gorgeous dress, can i? Pleaseeeee...



Wish me luck!


Tuesday, August 23, 2011

This is my choice, what's yours?

Ramai yang bertanya di mana i tempah persalinan bersanding. Mulanya, segan la nak reveal awal-awal, tapi saya sangat tak sabar nak hebahkan hal ini, semoga boleh membantu semua bride to be untuk memilih designer yang terbaik untuk perkahwinan anda! (Hehehe, ayat skema habis, ampun~)

Terbaik tidak bermaksud ‘Ada Nama Semata’, dah bayar mahal of course la outcome MUST be stunning, gorgeous or whatever similar to it. Hehehe. Tapi apa kata kita buka minda dan memandang lebih luas, kerana di Malaysia ini terlalu ramai designer yang murah, cantik, kemas, lawa hasil kerjanya. Yang penting kena la pandai cari, insyaAllah ada je. Bayar mahal? Tak perlula kot, duit tu boleh pakai ke benda lain; honeymoon ke? Beli perabot? Siapa setuju? Tapi kalau mampu, apa salahnya, pilihan masing-masing kan.

Bagi yang berbudget rendah macam i, seboleh-bolehnya nak jimat sana, jimat sini. Akhirnya DIY jela setakat apa yang termampu. Tapi nak jahit baju bersanding sendiri, oh terlalu berisiko. tak mampu den. Hehehe~

So hari ni nak share satu benda, terutama B2B dari Pahang/Kuantan/Kemaman, sesiapa yang berhajat nak tempah baju sendiri, boleh la tengok. Dan siapa yang ambil pakej lebih dari RM3k (pelamin+Baju persalinan+Makeup), insyaAllah boleh request baju baru mengikut citarasa anda. Best tak? RM3k utk semua sekali, dapat baju baru, sape taknak kan? Sekarang pelamin je pon kadang-kadang 2-3k.

Tapiiiiiiiiiiii, jangan pandang sebelah mata. Kualiti memang dipercayai. I can guarantee u! Jatuh cinta pandang pertama masa buat baju tunang dulu. Badan I jenis yang bidang, tapi leper. Yes u heard me! 
I have small ****ST and Bu**, hehehe, but her design always fit me at the first place. Takyah fitting 2 3 kali pon, memang ngam terletak pada badan. Alhamdulillah I bersyukur dapat kenal dengan kak Uji, dah la baik, mudah berbincang dan tau apa yang I nak, jahitan? Kemasnye lah! I seorang yang boleh menjahit, jadi bila I dah memuji tu, means betul-betul ikhlas la. 

I know how difficult to make neat sewing, nice fitting, and good looking attire. It’s really HARD!! 
(u knw wht amsayinnnn’?). Hehe. Lagipun i ni jenis sangat cerewet dan teliti, judge me by my DIY-ing outcome, hikhik.

So, malasla nak komen dan puji banyak-banyak, korang tengok dan fikirla sendiri ye. I promote ikhlas dari hati, tolong menolong sesame B2B, ececeh!

Contoh baju yang kak Uji jahitkan, make up and hairdo done by her, natural look i like! 
Model: anak sulung kak Uji sendiri, Peeja.



Last but not lease, presenting Kak Uji and the brides


link: UJI's COLLECTION
0139260502




Sunday, August 21, 2011

Teaser baju bersanding


Using like 21+ meters of fabric, I am now satisfy with the outcome. Just a bit alters here and there, yeah me the first phase done. I will continue for the second phase: BEADINGS. Wish me luck!

Alhamdulillah, the dress fits me very well. At first, my dress color is peachy-pink but the end, it become beige-dull pink, which very nice and sweet. I am so happy to see my dream dress become reality! 
Worth waiting~

Inspiration from here:

Kalau la i berbadan tinggi langsing macam ni, huhuhuhu.

My version:
I don't know how to speak about fashion, but this is what i want. Long dress, simple and elegant. Most important part, fully covered at top (i kan pakai tudung, hehehe).

the colors

First fitting, plain dress without beadings
(mms from the tailor)


What do you think darlings? Okey ke tak? 


Thursday, August 18, 2011

After Marriage Preparation


Hehehe, comel tak tajuk? Tak sabar rasanya. Weeeee! Semalam shopping raya di Parkson, dan I berjaya mengumpulkan 46 redeems stamps. (nampak sangat banyak shopping sebab 1 stamp utk setiap RM30 pembelian). Tapi if u ada Bonuslink card, lebih banyak privileges la dapat. Sebelum ni tak pernah nak guna pon stamps tu, but since nak kawen ni, benda-benda macam ni harus diambil berat. Hehehehe. Dulu selalu tengok kakak grab Pyrex, Luminarc, dengan menggunakan stamps camni, so dengan berjayanya mengheret my Fiance ke Customer Service, tengok offer diorang kali ni. Alasannya, boleh la blaja masak dengan periuk baru nanti, best tak alasan?

So latest promo Parkson adalah:


LUMINARC FIRE-PROOF CASSEROLE VITROLINE
3 PCS FIRE-PROOF CASSEROLE WITH GLASS LID

1pc Vitroline Casserole size 1L dgn penutup - RM 119.00/pc
1 pc Vitroline Casserole size 1.5L dgn penutup - RM 139.00/pc
1 pc Vitroline Casserole size 2L dgn penutup - RM 159.00/pc
1 pc Vitroline Casserole size 5L dgn penutup - RM 280.00/pc

Kalau beli 1L, 2L dan 3L: RM450 per set

Ada lagi barang lain tapi I suka yang ni sebab boleh masak atas dapur dan boleh masuk microwave. 
Double suka!

Tapi dengan redeem stamps, boleh dapat offer up to 70%, hehehe. Sukanya! First time beli periuk, dah macam mak-mak dah. Berapa harga I dapat? Hehehehe~

My sister kata benda ni investment, kalau dari mula-mula dah beli yang high quality, boleh tahan up to 15 years. Lagi la berkobar-kobar nak beli. Nasib baik berjaya memujuk Fiance. Berjaya grab dua, yang 1L dan 2L, pastu beli non stick pan Le Grand, market price RM119.00, tapi dapat RM49.90 je.

Total payment: RM177.00 only for

1pc Vitroline Casserole size 1L dgn penutup
1 pc Vitroline Casserole size 2L dgn penutup
Le Grand non stick pan 14cm
(jimat RM220.00)

My fiancé cakap,
“lepas ni mesti terer goreng telur, sebab tak melekat.. Apakah?”

“….. …………….. ………….”
(Terdiam)

Hehehehe, harap-harap lepas ni lebih rajin masak, pastu bertambah sedap. Hehehehe

Pst: agak-agak kalau promote camni Parkson boleh bagi voucher tak?


Wednesday, August 17, 2011

Veil For cik Puteri Raifana

Full review

The detailing

Sangat takde mood nak buat kerja office, design entah ke mana.

 "minta maaf boss, saya sudah bermood kawen..."

Nak kena buang kerja ke cakap camtu? Hehehe. Ampun!

Sebenarnya tak sabar nak DIY veil nikah cik Putput. Excited dah lama tak jahit-menjahit. Lace, beads, and chiffon beli last weekend, dengan tuan punya veil sendiri, baru la puas hati.

Project Fabric/Felt HB still rancak seperti biasa, siapa dah booking, boleh tarik nafas lega sebab untuk slot September dan Oktober dah ditutup bermula petang tadi, November pon sama. Sesiapa yang i dah mention suruh remind me back after my wedding pon, i'll promise a free slot for you dear. Don't worry k~

I'm so sorry to whoever yang baru bertanya, sebab slot semua dah penuh. 

Kepada diri sendiri, i want my working mood back! Paksaan ni! Taknak kerja bertimbun, huhuhuhuhu. 
Nak raya dan kawen dengan tenang, pleaseeeee~

Dihari baik bulan baik ini, i doakan yang baik-baik ajer untuk semua orang, Love you all!

Tuesday, August 16, 2011

My current project

I need to complete this by end of this week, proposed 4-star Business Hotel at Kuantan, but yet, kenapalah idea tu susah sangat nak ada? Patutnya excited sebab nak tambah lagi satu hotel cantik mengalahkan Zenith Hotel tu, (perasan*).


Tapi memang takde idea pon, menyesal jadi architect. (tetiba! boleh tak nak cuti sampai lepas kawen, nak settlekan satu-satu dulu). Pusing-pusing 3D nampak boring, nampak too plain. At last tutup pc tanpa tekan save as, which is just save previous works jela. Why?

Ada sesiapa nak tolong designkan tak, offer ni?

Or sebab kepala bercelaru dengan wedding preparation etc? Tapi xde progress pon, why so nervous?
Kenapa minggu ni semua benda macam tak kena je? Berdebar la.

1 month and 2 weeks to go.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...